Bagi anda yang belum tahu, pada september ini akan diadakan konsert Bruno Mars yang bakal ditempatkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Namun, atas sebab kelantangan penyanyi ini dalam menunjukkan sokongannya kepada Israel membuatkan konsertnya telah diboikot oleh netizen.
Bruno Mars turut muncul dalam The Times Of Israel dan kata-katanya juga dipetik di akhbar tersebut.
Tajuk akhbar ‘Pop superstar Bruno Mars declares his love for Tel Aviv in first-ever Israel show’ membuatkan ramai peminatnya di Malaysia berang dengan penyanyi itu yang berterusan memberikan sokongan kepada negara zionis.
Bukan itu sahaja, konsertnya yang dianjurkan di Israel turut di bertapak di sebuah perkampungan Palestine turut menimbulkan kemarahan di hati peminat.
“Even his concert venue in Israel was a Palestinian village. Now you know,” kata seorang pengguna di X, @Januarhaikal.
Baca juga: Bukan hanya UiTM, rupanya ini antara hak istimewa orang melayu dan bumiputera