“Ini baru betul rare makanan pengantin” – Ramai terkejut bila tengok menu makanan pengantin ini

Lumrah adat dalam sesebuah majlis perkahwinan akan ada sesi makan beradap untuk pengantin ditemani ibu bapa pengantin.

Biasanya menu ketika makan beradap akan dihiasi dengan pelbagai jenis juadah yang sangat menggiurkan seperti ayam golek, udang dan beraneka kuih-muih.

Tetapi, berbeza dengan pasangan pengantin ini yang mencetuskan keterujaan apabila hanya memilih menu chicken chop sebagai menu di meja beradap mereka.

@syahrich87

1st time tengok makan beradap gitu..Xyah susah susah udang panjat bagai 😆😍

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Ramai yang memuji idea pasangan itu yang disifatkan sangat kreatif dan juga menjimatkan.

Rata-rata warganet bersetuju dengan idea yang ringkas ini kerana biasanya pengantin tidak sempat untuk makan semua makanan yang dihidangkan dek kerana sibuk bergambar.

“Lagi senang nak makan,” ujar seorang warganet.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua pasangan tersebut.

Baca juga: Terasa dianiaya! Pekerja kedai serbaneka tersohor bengang, bisnes ditutup serta merta tanpa notis dengan gaji hanya RM200