Ini biodata Sultan Ibrahim Ismail, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 merupakan sultan yang sentiasa prihatin dengan denyut nadi rakyat.

Putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah itu amat lantang dan tegas dalam menyuarakan isu-isu untuk kepentingan rakyat. 

Ia dapat dilihat dengan bagaimana cara Baginda menyuarakan soal-soal rakyat kepada para pemimpin dan hanya satu matlamatnya iaitu untuk kepentingan rakyat.

Mari kita bersama-sama melihat biodata Sultan Ibrahim yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17:

Semak Profil Sultan Ibrahim Biodata, Sultan Johor ke 25

Nama penuh : Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Tarikh lahir : 22 November 1958

Tempat lahir : Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Negeri kelahiran : Johor Darul Takzim aka JDT

Nama Bersemayam : Istana Bukit Serene

Nama Permaisuri Johor : Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah

Nama Ayahanda : Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi

Nama Bonda : Josephine Ruby Trevorrow (Kalsom binti Abdullah)

Nama Anakanda :

Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman

Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri

Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim

Sekolah Rendah :

Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1

Trinity Grammar School di Australia

Sekolah Menengah :

Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB)

Sekolah Agama Bukit Zaharah

Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru

Menjalani Latihan, Tanggungjawab dan Pencapaian:

Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi – asas ketenteraan untuk tiga bulan

Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat – Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara

Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor

Sayap penerbangan helikopter di Kem Tentera Kluang.

Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia

Pengasas Kembara Mahkota Johor

Tarikh Pemasyhuran Sultan Johor : 23 Januari 2010

Tarikh Kemahkotaan Sultan Johor : 23 Mac 2015

Tarikh Ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong: 31 Jan 2024

Baca juga: “Tergamak abang ipar hantar kakak balik kampung lepas kena kanser, dalam diam rupanya dia dah kahwin baru kat bandar”