Ini bukti kejadian tembakan Donald Trump hanya rekaan

Semalam dunia dikejutkan dengan kejadian tembakan di Amerika Syarikat ketika kempen pilihanraya Presiden. Tembakan yang menyasarkan Donald Trump itu menyebabkan hura-hara satu tempat.

Namun, teori konspirasi mula dicipta sejurus selepas bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu terkena tembakan semasa perhimpunan untuk kempen politik beliau,

Media sosial kini penuh dengan teori-teori aneh selepas kejadian tersebut..

Pada pagi Ahad, perkataan “staged” menjadi trending di X, dahulunya dikenali sebagai Twitter, di Australia.

Menurut laporan, seorang penyokong disahkan mati terkena peluru yang sepatutnya disasarkan kepada Trump, manakala seorang pembunuh didakwa maut ditempat kejadian, manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal.

Namun, itu tidak menghalang pengguna di X daripada membuat pelbagai kesimpulan tidak masuk akal.

“Saya yakin bahawa perkara ini sengaja dilakukan oleh Trump sendiri,” tulis satu catatan yang lain. “Serangan Paintball? Kelihatan seperti rekaan untuk politik. Trump adalah pelakon yang hebat,” tulis netizen yang lain.

“Ini semua rekaan, [bagaimana Trump] mampu menolak pegawai perkhidmatan rahsia yang lebih kuat daripadanya untuk mengangkat tangan depan kamera, bodoh, ini bukan filem Marvel,” tulis satu catatan di media sosial.

Ada yang mendakwa bahawa reaksi penyokong Trump tidak kelihatan seperti reaksi orang yang benar-benar dalam ketakutan.

“Tiada siapa dalam kalangan penyokong yang lari atau panik … Saya tak percaya ni. Saya tak percaya dia,” tulis seorang individu.

Sesetengah pengguna mendakwa gambar yang menunjukkan Trump mengangkat tangan dengan darah di wajahnya sambil dikelilingi oleh anggota keselamatan, adalah “terlalu sempurna”.

“Ini adalah gambar yang begitu sempurna sehingga sukar untuk dipercayai. Sangat luar biasa,” tulis seorang individu..

Seorang lelaki bersenjata nampaknya telah melepaskan tembakan semasa Donald Trump sedang melakukan siri jelajah di Pennsylvania.

Video kejadian tembakan tersebut menunjukkan sembilan bunyi letupan, termasuk tiga sebelum Trump menundukkan kepala.

Jurucakap Trump, Steven Cheung, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bekas Presiden itu “baik-baik saja” dan sedang menerima rawatan perubatan.

Baca: Cara pendekkan loan rumah yang buat bank bencikan anda