Banyak ibu-ibu yang gemar memasak brokoli untuk anak-anak mereka. Selain kaya dengan pelbagai nutrisi seperti asid folik, kalsium, zat besi, vitamin A, C, D, E, dan K, sayur-sayuran seperti brokoli juga dapat melatih fungsi psikomotor si kecil dengan melibatkan aktiviti memegang dan memasukkan makanan ke dalam mulutnya.
Menurut Institut Penyelidikan Kanser Amerika, brokoli turut dianggap sebagai salah satu sayuran yang memiliki ciri-ciri pencegah kanser melalui kandungan fitokimia yang baik untuk sistem imun.
Kandungan kimia brokoli dapat membantu dalam proses detoksifikasi enzim dan berperan sebagai antioksidan yang menghalang pembentukan radikal bebas yang dapat menyebabkan kanser.
Selain itu, ia juga berpengaruh terhadap tahap hormon estrogen, menjadikan sayuran ini sebagai penurun risiko kanser payudara.
Berikut adalah cara yang berkesan untuk membersihkan brokoli dan menghilangkan haiwan-haiwan kecil yang mungkin bersarang di dalamnya:
1. Potong brokoli mengikut saiz yang dikehendaki untuk memastikan air rendaman meresap ke setiap cabangnya.
2. Bancuh sebesen air garam suam atau alternatifnya, gunakan air garam sejuk yang dicampur dengan 2 sudu cuka.
3. Rendam brokoli yang telah dipotong selama 20 minit. Gaul secara berkala untuk memastikan kotoran dan ulat-ulat di celahan brokoli terbuang.
4. Sejatkan brokoli dan bilas dengan air sejuk. Jika ingin menyimpan untuk jangka masa yang lebih lama, simpan dalam plastik kedap udara.
Selamat mencuba!
Baca juga: “Suami kedekut haji bakhil, gaji RM6K tapi nafkah aku cuma RM10 je dia bagi”