Terliur tengok resepi paru goreng crispy, rupanya ada tips senang bagi lagi rangup!

Setiap kali menggoreng paru, pasti kurang menjadi. Ada yang kata perlu rendam lama, perap lama namun tetap juga tidak menjadi.

Mari kita pelajari cara yang betul untuk menghasilkan paru goreng yang crispy melalui resepi yang dikongsikan oleh Puan Norlela Abdullah di bawah ini.

Gambar hiasan

Petua Paru Goreng Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-caranya:

Langkah pertama, rebus paru dalam air mendidih. Setelah itu, sejukkan dalam chiller semalaman untuk memudahkan proses penghirisan setelah paru menjadi keras.

Kalau tidak dimasukkan kedalam chiller, agak susah untuk dihiris kerana lembik. Hiris senipis yang mungkin.

Langkah ketiga, kisar semua bahan kecuali paru dengan menambah sedikit air. Campurkan hasil kisaran dengan paru yang telah dihiris tipis, kemudian goreng dalam minyak yang sangat panas.

Langkah keempat, setelah paru sudah agak masak, ‘slowkan’ api. Pastikan paru sudah cukup keras seperti kerepek sebelum diangkat. Jika tidak, mungkin tidak akan menjadi rangup.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Benci betul tengok kak ipar kuat melantak, dah la tumpang rumah mak ayah aku”