Ini cara mudah untuk dapatkan refund dari Nike yang ramai tak tahu

Nike adalah antara jenama yang terbesar pengeluarannya di Malaysia selain Adidas dan juga jenama lain.

Rakyat Malaysia menyukai jenama ini kerana gayanya yang pelbagai seiring dengan peredaran masa dan juga keselesaannya.

Bagi yang menyukai jenama ini, pasti ada kalanya kasut Nike yang anda beli rosak namun tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan ‘refund’.

Perkongsian facebook Muhammad Shalhadi, beliau menjelaskan bagaimana ingin mendapatkan kembali wang anda dengan mudah apabila kasut Nike yang dibeli rosak.

Caranya amat mudah. Pertama hubungi talian khidmat pelanggan Nike. Anda boleh memilih untuk hubungi terus melalui talian hotline khidmat pelanggan, kedua dengan terus ke bahagian Nike chat dan ketiganya pergi ke mana-mana butik Nike yang berhampiran.

Setelah kes anda disahkan oleh Nike, anda perlu menghantar kasut tersebut kepada pihak Nike. Jangan risau. Semua ini ditanggung sepenuhnya oleh Nike.

Anda diminta tunggu beberapa hari sebelum menerima email pengesahan setelah menghantar kasut tersebut.

Anda juga akan menerima borang untuk diisi dan beberapa hari selepas itu wang anda akan dikembalikan.

Proses ini juga hanya melibatkan pembeli yang membeli dari laman sesawang Nike atau aplikasi Nike.

Jika anda membeli menerusi butik Nike, anda diminta untuk terus ke butik berkenaan untuk proses refund andai ada masalah yang timbul.

Suka kami ingatkan, setiap pembelian kasut Nike akan mendapat warranty selama dua tahun.

Semoga ilmu ini berguna untuk pengguna kasut yang menyukai jenama Nike.

Baca juga: Pad masih ada sisa darah atas peti ais, aku nekad keluar lepas ‘hometour’ rumah sewa dari neraka