Rupa-rupanya cara yang paling ‘special’ bagaimana kita boleh menghasilkan cili jeruk hanya masukkan satu bahan saja ‘confirm’ sedap.
Cili jeruk merupakan hidangan sampingan yang perlu ada sekiranya anda hendak makan makanan bersup misalnnya bihoom suo, mi sup atau nasi air yang memberi rasa pedas dan manis.
Kemungkinan juga, ramai yang menyimpan stok cili jeruk atau sambal di rumah untuk menambah perasa dalam makanan.
Apabila bercakap mengenai cili jeruk ini, rata-rata antara kita mesti mempunyai resipi tersendiri dalam menyediakan hidangan sampingan itu.
Pun begitu, ada cara yang lebih istimewa untuk jadikan cili jeruk itu manis, berperisa dan paling penting sedap untuk dimakan bersama sajian yang lain.
Mudah je sebenarnya, hanya memerlukan beberapa bahan, maka cili jeruk sudah siap untuk dihidang.
Tapi kalau nak lagi sedap, kena cari bahan yang tersenarai di bawah ini. Mari ketahui resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Abdullahadi di bawah ini.
Satu kilo cili kampung (buang kalau ada cili-cili rosak, cuci bersih tidak perlu buang tangkal dan sejat bagi kering).
Dah kering masukkan cili dalam balang penutup dan masukkan air kelapa mengikut paras cili.
Tutup dan biar selama seminggu. (Jangan buka penutup balang tu selama seminggu)
Saya simpan di luar saja, supaya cili lembut dan mudah proses nak menumbuk.
Simpan dalam peti boleh juga tapi cili lambat lembut.
Bila dah seminggu, buangkan air kelapa dan jangan bilas.
Bila satu minggu, air kelapa akan jadi keruh dan sedikit berkeladak. Jangan risau, okay sahaja.
Kali pertama buka balang tu nanti akan bau yang sangat membuka selera.
Boleh tumbuk atau kisar ditambah dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Selesai kemudian bolehlah masuk dalam balang lain dan simpan dalam peti sejuk.
Baca juga: “Dress bukan pakaian kita itulah dipilih juri”, bapa pertikai ilmu juri