Ini cara senang buat latte tapi guna serbuk kopi kampung je, yang penting rasa sedap macam kat cafe!

Bagi para penggemar kopi, resipi Kopi Latte ala kampung yang dikongsikan oleh saudari Madihah Hamid ini pastinya menjadi satu pilihan yang patut dicuba.

Ia turut diakui oleh empunya resipi, minuman ini menjadi kegemaran bagi seisi keluarganya. Bahan-bahannya mudah didapati kerana hanya menggunakan serbuk kopi kampung daripada mana-mana jenama.

Anda tidak perlu menggunakan kopi yang mahal dan mengeluarkan kos untuk mencuba resepi ini kerana semuanya ada tersedia di dapur. Walaupun begitu, hasilnya pasti membuat anda teringat-ingat. Mari kita cuba!

Bahan-bahannya:

2 sudu makan serbuk kopi kampung – sebarang jenama

600ml susu kotak @ susu segar

3 sudu makan gula melaka/gula kabung/gula apong/gula merah

400ml air

Cara-caranya:

Campurkan air dan serbuk kopi kemudian masak hingga air menggelegak.

Biarkan mendidih selama 1 minit kemudian tutup api. Ikut kesesuaian dalam memilih gula ya, boleh pilih gula melaka, gula kabung, gula apong atau gula merah.

Kemudian panaskan susu segar hingga mendidih dan timbul buih buih di sekelilingnya. Susu ni paling sedap guna meadow, farm fresh @ dutchlady.

Gunakan jug 1 liter dan tuangkan air kopi kedalamnya. Jangan lupa tapiskan kopi tersebut dan campurkan bersama susu yang dipanaskan sebentar tadi.

Siap! Kopi latte ala kampung sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

Baca juga: Kalau salah pun janganlah lempang! Netizen berang lihat video guru besar pelempang murid depan majlis