Ramai yang tidak tahu wujud satu syarikat yang bernama BlackRock yang merupakan syarikat kewangan paling berpengaruh dan pelabur terbesar diatas muka bumi.
Aset syarikat ini dikata bernilai RM39.5 trillion sehingga Jun 2021. BlackRock juga mengendalikan Aladdin, platform teknologi gergasi yang menyelia aset sekurang-kurangnya RM89.86 trillion.
Dalam hanya 33 tahun, BlackRock telah berkembang daripada syarikat kecil menjadi pengurus aset terbesar yang paling dipercayai. Hari ini, sekurang-kurang tiga pemimpin Blackrock sedang memegang peranan penting dalam kabinet Presiden Amerika Syarikat Joe Bidin.
Memandangkan syarikat ini mempunyai tabiat membentuk kabinet bayangan menjelang peralihan presiden dan penglibatannya dalam program rizab Persekutuan baharu Amerika Syarikat, Bloomberg menggelarkan BlackRock sebagai “cawangan kerajaan keempat” Amerika Syarikat.
BlackRock diasaskan pada tahun 1988 oleh seorang bilionaire berpengaruh bernama Larry Fink dan firma itu beroperasi secara global dengan memiliki 70 pejabat di 30 negara serta pelanggan di 100 buah negara.
Semasa krisis kewangan tahun 2008 apabila kerajaan AS menyelamatkan syarikat gergasi Wall Street seperti Bear Stearns, AIG, Fannie Mae, Freddie Mac, BlackRock adalah syarikat yang diupah oleh kerajaan AS untuk melakukan analisis bedah siasat dan menyelesaikan segala kekacauan yang berlaku.
Firma ini telah dianugerahkan kontrak utama kerajaan AS untuk membantu mengatasi krisis tanpa pembidaan kompetitif sambil diselubungi dengan rahsia.
Dalam erti kata lain, Larry Fink telah diupah untuk menjadi pengurus penyelamat Washington di Wall Street, walaupun BlackRock adalah salah satu pemegang saham terbesar dalam bank yang sama dibantu mereka untuk diselamatkan. Pada tahun 2020, pencetak wang AS iaitu Federal Reserve System mengupah BlackRock untuk menguruskan skim mereka untuk membeli bon korporat.
Baca juga: Kerja syif malam tapi nak cari Lailatulqadar? Ikut nasihat ini, moga amalan diterima oleh Allah