Ini individu yang hantar surat layang bongkar penderaan Zulfarhan

Keputusan hukum ke tali gantung terhadap pesalah yang mendera Arwah Zulfarhan telah diputuskan oleh mahkamah semalam. Keenam mereka telah disabitkan bersalah namun masih ada satu peluang untuk merayu ke mahkamah Perseketuan.

Namun yang menjadi topik perbualan hangat dikalangan netizen adalah siapa disebalik surat layan yang membantu membongkar kerja jahat geng enam orang ini.

Selepas diselidik, memetik Ohbulan!, netizen mula memenuhi ruangan komen di Instagram milik seorang individu yang dipercayai bertanggungjawab menulis dua surat layang, tujuh tahun lalu.

Zulfarhan Osman

Dipercayai surat layan tersebut diutuskan kepada pihak atasan sebagai usaha untuk memberitahu arwah telah didera dan dibuli oleh rakan-rakannya.

Difahamkan juga individu terbabit merupakan sahabat kepada Zulfarhan yang sama-sama menuntut di institusi berkenaan.

Media sosial individu itu mula dibanjiri netizen selepas seorang pengguna TikTok berkongsi maklumat akaun Instagram miliknya.

Susulan itu, rata-rata wargamaya meninggalkan ucapan terima kasih di ruangan komen selain memuji keberanian individu terbabit. Malah, tidak kurang juga yang memberi gelaran hero kepadanya.

baca; Netizen puas hati pembunuh Zulfarhan ke tali gantung, ‘throwback’ video lama mereka tersenyum