Biskut cap ping pong bukanlah jenama yang asing bagi rakyat Malaysia.
Ia kerana biskut ini sentiasa dimakan tidak kira waktu seperti sarapan pagi, minum petang dan juga minum malam atau supper.
Namun tahukah anda apa sebabnya biskut ini masih lagi kekal sehingga kini?
Mari kita lihat perkongsian Zulfadhli Talib yang menceritakan kejayaan jenama itu.
“Cecah jualan 9 angka dengan menjual biskut. Mereka mula secara kecil-kecilan. Setup bisnes dengan bermodalkan RM1,500 sahaja. Kemudian, beli sebuah van dan mula menjual biskut dari satu bandar ke bandar yang lain di Johor. Bila ada duit lebih, mereka setup pejabat kecil-kecilan di Batu Pahat. Disitulah mereka menjalankan R&D untuk resepi biskut.”
“Mereka ini berbangsa Cina. Tapi disebabkan majoriti penduduk setempat di Batu Pahat adalah berbangsa Melayu, mereka sangat jelas dan memahami budaya orang Melayu. Beberapa tahun selepas itu, mereka keluarkan resepi biskut pertama mereka. Biskut krim pertama yang mereka hasilkan ini mendapat inspirasi daripada biskut raya.”
Sempatlah kaum melayu disitu merasa kuih raya yang dibuat oleh jenama ini.
Tidak lama selepas itu, mereka mengeluarkan jenama biskut Cap Ping Pong dan menjadikan sukan ping pong sebagai inspirasi.
“Pada tahun tersebut, sukan ping pong baru nak ‘hype’ di Malaysia. Persatuan Ping Pong Malaya pun baru ditubuhkan secara rasmi pada waktu itu (1958). Kebetulan pula pada awal tahun berikutnya (1959) , China berjaya merangkul gelaran Juara Kejohanan Ping Pong Dunia. Historical moment juga waktu ini sebab China berjaya pecah monopoli Jepun dalam kejohanan bertaraf dunia. Jepun sebelum ini champion 4 tahun berturut-turut (sejak 1954-1957).”
“Orang kata nak tumpang ombak dan vibe pada zaman tersebut. Ternyata strategi mereka menjadi dan biskut Cap Ping Pong berjaya memenangi hati rakyat Malaysia. Mereka juga pernah mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir tutup satu masa dulu (1985-1987). Mereka terpaksa menjual segala aset peribadi untuk di ‘pump’ semula (recapitalise) masuk ke dalam syarikat untuk kurangkan hutang.”
Disebabkan mereka sedang mengalami krisis, maka tiada pengagihan keuntungan.
Namun mereka belajar satu perkara melalui Toyota Motor Corporation yang dapat bertahan ketika melalui krisis ekonomi pada tahun 1950.
Toyota Motor Corporation sentiasa pastikan mereka ada simpanan wang cash di tangan supaya dapat menyelesaikan masalah dengan cepat.
Pada tahun 2014/15, Toyota Motor Corporation mempunyai cash reserved sekitar RM77.3bilion.
Sekitar tahun 90an mereka sekali lagi diuji dengan krisis ekonomi yang amat dahsyat yang melanda asia.
“Berbekalkan RM20 million cash pile, I am considered it more than enough for them to survive in asian economic crisis. Malah, dikhabarkan mereka siap dapat diskaun lagi daripada pembekal kerana ada holding power yang tinggi disaat syarikat lain sedang tenat. Hari ini, mereka adik beradik (Keluarga Kerk) dan beberapa rakan kongsi lain berjaya membangunkan jenama biskut Hup Seng setanding dengan jenama luar.”
Berikut beberapa fakta menarik mengenai syarikat ini:
- Mereka mempunyai kilang seluas 8 ekar di Johor selain mempunyai lebih daripada 1900 orang pekerja.
- Revenue tahun 2018 sehingga September lebih kurang RM 221.5 Million.
- Tengah meluaskan kawasan jajahan dengan mengeksport biskut keluaran Hup Seng ke seluruh Asia, Asia Tengara dan Timur Tengah.