Ini kisah di sebalik kejayaan Mr DIY hingga mempunyai 1000 cawangan di seluruh Malaysia

MR DIY telah menjadi pilihan utama banyak orang kerana menyediakan pelbagai barangan rumah, alat sekolah, permainan, dan aksesori kereta dalam satu kedai.

Harga yang berpatutan dan berkualiti menjadikan MR DIY tarikan utama bagi pelanggan.

Untuk pengetahuan anda, MR DIY bermula dengan menjual barangan perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pada awalnya, mereka hanya menawarkan perkakasan rumah seperti kedai-kedai biasa.

Namun, pada tahun 2010, MR DIY memutuskan untuk membuka cawangan dalam pusat beli-belah, membuka jalan kepada pelbagai produk yang lebih luas.

Kini, cawangan MR DIY boleh ditemui di banyak tempat, terutama dalam setiap pusat beli-belah, menjadikannya kedai peruncitan perkakasan rumah terbesar di Malaysia. MR DIY juga mempunyai cawangan di Brunei dan Indonesia.

Dalam tempoh dua tahun ini, MR DIY berjaya dan bakal membuka anak syarikatnya iaitu MR DOLLAR dan MR TOY di seluruh Malaysia.

Motto mereka, ‘Always Low Price,’ menjadikan MR DIY pilihan utama kerana barangan dijual pada harga yang berpatutan, menjadi faktor utama cawangan mereka sentiasa mendapat sambutan.

Dengan beratus-ratus cawangan dan anak syarikat sendiri, Mr D.I.Y Group (M) dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd dengan meraih dana RM1.5 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) pada 26 Oktober 2020.

Ini akan menjadikan IPO peruncit perkakasan rumah sebagai yang terbesar dalam pasaran saham tempatan sejak tiga tahun lalu.

Dana ini akan dijana melalui penawaran 941.9 juta saham biasa baharu dan sedia ada dengan harga IPO RM1.60 sesaham.

Pengarah Urusan MR DIY ialah Adrian Ong dan firma ekuiti swasta mereka, Creador, yang diketuai oleh En. Brahmal Vasudevan.

Creador merupakan firma ekuiti persendirian yang banyak melabur ke dalam syarikat-syarikat berpotensi di Asia.

Baca juga: Nampak macam biasa tapi, hati-hati kalau tersentuh ulat ini boleh menyebabkan gatal-gatal