Ini kronologi helikopter terhempas pernah gegarkan Malaysia, No 2 tu paling diingati

Kemalangan yang melibatkan dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, kira-kira jam 9.30 pagi tadi, menjadi kejadian kelapan serupa dalam tempoh sembilan tahun terakhir ini.

Berikut adalah kronologi insiden helikopter yang terhempas sejak 2015:

1. Pada 4 April 2015, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor. Tragedi ini mengakibatkan lima penumpang terkorban, termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis, serta juruterbang Kapten Clifford William Fournier.

2. Pada 5 Mei 2016, helikopter Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak. Tragedi ini menyebabkan enam kematian, termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon, serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar tersebut merupakan suami kepada Datin Mastura Mohd Yazid, iaitu ibu mertua kepada pelakon terkenal Mira Filzah.

3. Pada 4 Oktober 2016, helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah. Kejadian ini mengakibatkan 14 anggota tentera cedera.

4. Pada 15 Ogos 2018, helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang. Kejadian ini menyebabkan dua juruterbang cedera ringan.

5. Pada 27 Februari 2020, sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas, Tawau. Kesemua anggota pasukan keselamatan itu selamat dengan hanya seorang mengalami kecederaan.

6. Pada 8 November 2020, sebuah helikopter terhempas dan meragut dua nyawa iaitu Mohamed Sabri Baharom, 56, yang beralamat di Wangsa Melawati dan merupakan bekas pegawai TLDM, serta Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, yang beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Dua individu yang terselamat dalam kejadian itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66 tahun, dan Tan Chai Eian, 51 tahun. Mereka menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan.

7. Pada 5 Mac 2024, sebuah helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di lokasi 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa semasa menjalankan latihan menyelamat. Empat penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 10 pagi.

Helikopter dengan nombor pendaftaran pesawat M72-01 itu diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Salam takziah serta al-fatihah kepada semua mangsa kemalangan nahas helikopter.

Baca juga: “Dah bertahun tak jenguk mak ayah, sebenarnya aku takut nak melawan sebab bini lagi kaya”