Ini Kronologi lengkap kes Zahid melibatkan Yayasan Akalbudi yang perlu anda tahu

Ini Kronologi lengkap kes Zahid melibatkan Yayasan Akalbudi yang perlu anda tahu

BERIKUT merupakan kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membawa kepada pendakwaan terhadap salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi:

TAHUN 2018
2 Julai:
Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

3 Julai:

Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

10 Okt:
Ahmad Zahid memberi keterangan kali kedua kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.
Anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah memberi keterangan kepada SPRM juga dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi.

11 Okt:
Ahmad Zahid memberi keterangan kali ketiga kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi.
Menantu Ahmad Zahid Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi.

12 Okt:
Ahmad Zahid memberi keterangan kali keempat selama lebih tujuh jam kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi.

18 Okt:
Ahmad Zahid ditahan SPRM berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid menolak cadangan peguamnya untuk membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap SPRM.

19 Okt:
Ahmad Zahid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa.

TAHUN 2019

20 Feb:
Ahmad Zahid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

28 Feb:
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, memindahkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi oleh Presiden UMNO itu ke Mahkamah Tinggi.

18 Nov:
Saksi pertama kes pecah amanah dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa yayasan itu ditubuhkan bagi tujuan khairat.

20 Nov:
Ahmad Zahid mengarahkan seorang pegawai operasi bank membuat pengeluaran wang berjumlah RM17,953,185.21 dan dibayar kepada Messrs Lewis & Co, yang juga pemegang amanah yayasan itu.

3 Dis:
Saksi memberitahu mahkamah terdapat 19 kenderaan, antaranya jenama mewah Mercedes Benz, BMW dan Audi serta motosikal berkuasa tinggi didaftarkan di bawah nama Bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

9 Dis:
Saksi memberitahu mahkamah Yayasan Akalbudi mengeluarkan tiga cek berjumlah RM107,509.55 bagi membayar 20 polisi dan cukai kenderaan yang didaftarkan atas nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan keluarganya pada 2015.

10 Dis:
Adun Hutan Melintang, Khairuddin Tarmizi, memberitahu mahkamah, menurut pemahamannya segala sumbangan yang diberikan kepada Yayasan Akalbudi – selain menjadi milik badan itu – turut akan menjadi milik Ahmad Zahid.

TAHUN 2020

13 Feb:
Seorang ahli kimia hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa 16 cek milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai tandatangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

2 Mac:
Mahkamah Tinggi di sini, menangguhkan perbicaraan kes membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Ahmad Zahid, 66, menerusi peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik, supaya perbicaraan ditangguhkan bagi memberi ruang kepadanya berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk urusan pembentukan kabinet baharu.

24 Mac:
Perbicaraan ke atas Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan dimulakan 13 April, menurut Timbalan Pendakwaraya, Datuk Rozela Raja Toran.

12 Mei:
Mahkamah Tinggi di sini akan menetapkan tarikh baharu iaitu 19 Mei bagi perbicaraan bekas Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

16 Jun:
Saksi memberitahu mahkamah bahawa adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, membeli dua banglo di Country Heights, Kajang, bernilai RM5.9 juta menerusi cek Tetuan Lewis & Co, iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

27 Julai:
Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau membuat sumbangan sebanyak RM6.6 juta juta kepada Yayasan Akalbudi bagi mendapatkan projek daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sumbangan RM6.6 juta kepada Yayasan Akalbudi untuk dapat projek

11 Ogos:
Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

28 Sep:
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid supaya perbicaraannya ditangguhkan kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih menjalani kuarantin kerana COVID-19.

12 Okt:
Bekas Setiausaha Eksekutif kepada Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan, mengulangi kenyataannya di Mahkamah Tinggi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan cek Yayasan Akalbudi untuk pembayaran kad kredit peribadi beliau.

Lewis Co. bukan pemegang amanah Yayasan Akalbudi – Saksi

TAHUN 2021

22 Feb:
Pasukan pembelaan Ahmad Zahid Hamidi diminta menasihati anak guam mereka agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu sebelum perbicaraan berlangsung.

Ia selepas kes rasuah Presiden UMNO itu ditangguh lagi hari ini kerana beliau menjalani kuarantin.

BACA: Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Mahkamah juga mengarahkan pihak pembelaan mengemukakan dokumen membuktikan Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat ahli majlis tertinggi (MKT) parti itu di Janda Baik, Pahang.

4 Mac:
Saksi memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB), Chew Ben Ben dan menyerahkannya kepada Tetuan Lewis & Co.

5 Mac:
Saksi memberitahu mahkamah terdapat pengeluaran dan kemasukan wang agak besar dalam sebuah syarikat didakwa terbabit dalam kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun tiada aktiviti perniagaan dijalankan syarikat itu.

8 Mac:
Saksi memberitahu mahkamah bahawa pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjumlah RM17.9 juta telah dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-rasuah-zahid-hamidi-melibatkan-dana-yayasan-akalbudi-188698

COMMENTS