Ini latarbelakang wartawan dari China yang temuramah Zahid dalam bahasa Melayu, “belajar bahasa dari lagu Tokti”

Baru-baru ini tular seorang wartawan dari China yang menemuramah Timbalan Perdana menteri Malaysia kita dalam bahasa melayu di China.

Maka ramailah yang menyelidik latar belakang wartawan tersebut. Menurut laporan dari New Strait Times, wartawan yang bernama Husna itu mendapat nama panggilannya daripada pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Minzu Yunnan.

Husna telah berjaya mengumpul lebih daripada 500,000 pengikut di akaun media sosialnya, kebanyakannya dari Malaysia.

Husna mengakui bahawa beliau merupakan peminat setia penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan akui peningkatan pengucapanya dalam bahasa melayu adalah hasil dari mendengar lagu Tokti.

Husna mempelajari bahasa tersebut selepas mengikuti program pertukaran pelajar selama setahun di Universiti Malaya.

Selain daripada itu, Husna juga dilihat sering berbual dalam Bahasa Malaysia dengan wartawan Malaysia yang membuat liputan Sukan Asia di Hangzhou.

Kemahiran Husna dalam Bahasa Melayu tidak hanya menonjolkan kebolehan peribadinya, tetapi juga memperlihatkan potensi besar dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara China dan Malaysia melalui media dan komunikasi antara budaya.

Keupayaannya menguasai Bahasa Melayu dengan begitu baik membuktikan bahawa usaha dan dedikasi dalam mempelajari bahasa asing dapat membuka banyak peluang dan memberi impak positif dalam kerjaya dan hubungan antarabangsa.

Baca: Malu baju asyik berbau sebab almari masam? Tips rahsia ini guna bahan kat dapur je..baju ‘auto’ wangi!