Sukan Olimpik yang bertempat di Paris pada tahun ini menyaksikan 184 buah negara yang mempertandingkan 10,500 atlet mereka untuk berlawan di pelbagai acara.
Malaysia pula menghantar sejumlah 26 atlet yang bersamaan dengan atlet dari negara Peru.
Manakala negara yang paling banyak menghantar atlet adalah Amerika Syarikat dengan jumlah atlet seramai 594 orang.
Tidak kurang juga ada negara yang menghantar sejumlah kecil atlet mereka di Olimpik untuk bertanding melawan atlet-atlet negara besar yang lain seperti:
1. Belize
Atlet pecut 100 meter lelaki dari Belize, Shaun Gill, bersama Ketua Misi, Giovanni Alamilla, dan Presiden Persatuan Atlet Belize (Belize Athletic Association, BAA), kelihatan berfoto bersama di atas bot ketika perarakan masuk kontinjen negara itu.
2. Liechtensein
Atlet Liechtenstein, Romano Püntener, yang baru berusia 20 tahun, mewakili negaranya dalam acara berbasikal bukit. Atlet ini juga yang pernah menjalani pembedahan bahu kanan tidak pernah patas semangat meskipun menduduki tempat ke 28.
“Ini merupakan perlumbaan terbaik saya. Saya bangga dengan diri saya,” katanya menerusi hantaran sebuah Instagram milik organisasi rasmi Olimpik Liechtensein.
3. Nauru
Mewakili negara tercintanya Nauru, Winzar Kakiouea bakal beraksi dalam acara pecut 100 meter lelaki yang dijadualkan pada 4 Ogos nanti.
4. Somalia.
Akhir sekali, atlet acara larian 800 meter dari Somalia, Ali Idow Hassan terpilih buat kali kedua untuk mewakili negaranya di temasya sukan antarabangsa ini.
Baca juga: Tular video lama Alif Satar melawat penghuni penjara, ramai terkejut rupanya pembunuh Zulfarhan