Ini nilai sebenar pingat emas Olimpik jika tukar dengan wang ringgit

Menang satu pingat emas Sukan Olimpik dikatakan cukup berharga bagi atlet di seluruh dunia yang bekerja keras sepanjang hidup mereka, namun harga sebenar bagi pingat berkenaan sebenar untuk pingat emas jika ditukar kepada wang ringgit pasti kejutkan anda.

Harga sebenarnya adalah AS$820 (RM3,460).Hadiah tempat pertama itu mengandungi 550 gram perak dan hanya enam gram lapisan emas masing-masing bernilai AS$466 (RM1,966) dan AS$353 (RM1,489).

Memetik dari wartawan CNBC, Robert Hum melakukan segala kajian itu dengan mendedahkan komposisi pingat emas di Olimpik dan pelbagai pendapat dikongsi pengguna Twitter.

Ada yang bersimpati dengan nasib atlet kerana memperoleh pingat yang nilainya tidak seberapa namun ada juga yang berpandangan ia tidak ternilai mengambil kira pengorbanan atlet untuk memenanginya

Bagaimanapun ia cukup bernilai jika seorang atlet itu menjual pingat berkenaan meskipun ia jarang berlaku.

The Mirror pernah mendedahkan rekod jualan untuk pingat emas Olimpik yang dimenangi petinju Wladimir Klitschko pada Olimpik Atlanta 1996 yang dijual kepada umum menerusi proses lelongan.

Ia terjual sekitar AS$1 juta (RM4.2 juta) pada 2012. Wang jualan itu kemudian diberikan kepada kerja-kerja amal dilakukan Klitschko dan malah pembeli berkenaan memberikan semula pingat berkenaan kepada petinju itu sebagai menghormati keringatnya memenangi pingat emas itu.

Sementara itu, pingat perak pula mengandungi 550 gram logam dan bernilai sekitar $415 (RM1,751) jika dileburkan.

Pingat gangsa diperbuat daripada aloi tembaga dan zink dan masing-masing bernilai kurang daripada AS$7 (RM29).

Baca: Keluarga Zulfarhan nekad saman fitnah terhadap bomoh, tapi tak sangka ini pulak yang peguam kongsi