Tularnya sebuah video memaparkan sekumpulan jemaah bercampur aduk di antara lelaki dan perempuan dan dapat dilihat sedang menunaikan solat seperti di dalam masjid.
Keadaan itu telah menimbulkan kemusykilan dalam kalangan netizen kerana dilihat seakan-akan lelaki dan perempuan sedang solat dalam keadaan bercampur saf.
Susulan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataanya di FB telah menjelaskan dakwaan berlakunya percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan solat berjemaah.
Menurut JAKIM, dakwaan itu adalah tidak tepat kerana jemaah-jemaah itu difahamkan terlibat dalam program Kem Ibadah Nusantara di Cameron Highlands, Pahang yang diadakan baru-baru ini, lapor Buletin TV3.
Video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highlands.
“Program itu adalah anjuran bersama JAKIM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Persatuan Insaf Pahang (Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT), beberapa agensi dan institut pengajian tinggi (IPT) lain,” katanya.
Peserta yang terlibat juga adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Tambahnya lagi, kebanyakan mereka dalam proses berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah. Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.
“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.
“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” katanya lagi.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka dan janganlah kita cepat menghukum.
Baca juga: ’30 meter dari pintu tandas dah meruap baunya’, Masjid Rusila didakwa kotor sampai geli nak masuk