Tauhu yang dibeli mesti tak tahan lama kalau simpan di dalam peti ais. Antara cara simpan tauhu yang boleh dicuba adalah dengan melakukan tiga tips.
Ianya pernah dikongsi oleh Azura Aris di laman Facebooknya. Jelasnya, cara yang digunakan ini sangat berkesan dan tauhu boleh bertahan sehingga 2 minggu lebih. Kalau tak percaya, kena cuba!
Caranya mudah sahaja iaitu
- Cuci tauhu kemudian rebus sampai terapung atau timbul biji kecil.
- Tos dan biarkan sejuk.
- Bila dah sejuk, simpan di chiller. Tauhu mampu bertahan selama lebih 2 minggu. Tak mudah rosak dan tak masam.
Selain tips yang dikongsikan di atas, boleh juga guna cara ini:
– Lepas beli, rendam sampai tenggelam guna air tapis. Tak ada air tapis boleh guna air mineral botol. Tahan sehinhgga sebulan.
– Goreng tauhu kemudian rebus di dalam air. Tos dan biarkan sejuk. Boleh simpan dalam bekas.
Mudah kan? Selain sedap, tauhu juga ada pelbagai khasiat antaranya adalah:
Kaya dengan nutrisi
Membantu kesihatan jantung
Tulang yang sihat
Mengurangkan gejala menopaus
Meningkatkan sistem imun
Mengurangkan risiko kanser tertentu
Boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2
Meningkatkan kesihatan kulit
Membantu fungsi otak
Membantu penurunan berat badan
Boleh meningkatkan kesihatan buah pinggang
Menurunkan paras kolesterol
Membantu mencegah anemia
Membekalkan semua asid amino penting
Mengandungi asid lemak omega-3
Wah! Boleh makan tauhu setiap hari nampaknya ni.
Baca juga: Siapa sangka lelaki ini diterima masyarakat walau pernah digelar hantu di zaman sekolah