Ini puncanya Kim Kardashian pernah terpaksa hadiri mesyuarat ‘Zoom’ dalam tandas berkunci

Wanita yang meraih pendapatan jutaan dolar, Kim Kardashian rupanya pernah menghadiri mesyuarat menerusi Zoom di dalam tandas dalam keadaan berkunci gara-gara anaknya yang sukar mendengar kata.

Bekas isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu memberitahu anak-anaknya kuat memberontak.

“Kadangkala mereka menguji kesabaran saya seperti mereka fikir saya ini memiliki kuasa luar biasa yang sangat sabar dan tenang.

“Apabila saya kata tidak, mereka seperti tidak menghiraukan dan mula memberontak,” katanya.

Beliau tidak menyangka bahawa anak-anaknya akan membuat ‘kecoh’ sehingga dia pernah terpaksa membuat panggilan video di dalam tandas.

“Saya tidak percaya bahawa saya perlu menghadiri mesyuarat menerusi Zoom di dalam tandas dalam keadaan berkunci. Ini satu mimpi ngeri,” ujarnya.

Untuk rekod, Kim memiliki empat orang anak iaitu North, 10, Saint, 8, Chicago, 6, dan Psalm, 5, yang merupakan hasil perkahwinan bersama Kanye West.

Sehubungan itu, Kim berharap dapat mendidik anak-anaknya dengan lebih tegas sama seperti kakaknya, Khloe Kardashian.

Akui Kim lagi, membesarkan empat cahaya mata bukan satu tugas mudah apatah lagi kesemua anaknya kini sedang melalu fasa remaja dan penuh pemberontakan.

Sebagai adik, dia kagum dengan cara Khleo mendidik dua anak dengan tegas dan disiplin.

Malah, anak-anak Khloe juga memiliki rutin aktiviti yang ditetapkan selain lebih mudah mendengar kata dan tahu bagaimana membawa diri.

BACA JUGA Selepas pembunuhan kejam berlarutan lapan bulan, boikot produk Israel dah sampai tahap pukul pelanggan