Khamis ini umat islam bakal menyambut hari raya aidiladha dan pastinya ramai di antara kita yang akan menerima daging korban bukan?
Menu yang sering dimasak pada hari raya pasti rendang daging namun kali ini apa kata kita cuba menu yang lain dari lain iaitu salad daging.
Ia bukan sahaja enak namun berkhasiat untuk ahli keluarga yang mempunyai penyakit tiga serangkai kerana kurang kolesterol.
Jom kita cuba!
Bahan-bahannya:
250 gram daging
(A)
1 sudu makan air panas
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos ikan
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit gula
Pelbagai sayuran mengikut kesukaan
2 biji bawang dipotong
1 sudu makan cili merah
1 sudu makan cili padi
1 sudu makan daun ketumbar
Sebiji timun dipotong
1 biji bawang dipotong
2-3 helai daun kubis (hiasan)
1 sudu makan biji bijan (hiasan)
Cara-cara membuatnya:
- Perap daging dengan sedikit lemaknya, kemudian potong nipis.
- Campurkan semua bahan (A) dalam sebuah mangkuk. Masukkan daging yang dipotong dan gaul rata.
- Taburkan sayur-sayuran pilihan anda di atas pinggan yang dihiasi dengan daun kobis. Tuangkan daging di atasnya.
- Hias dengan biji bijan dan siap disajikan.
Baca juga: “Dihalang naiki pesawat kerana gambar terlalu cantik”