Banyak aiskrim diluar sana yang menggunakan pelbagai bahan premium untuk menambahkan lagi kelazatan aiskrim buatan mereka.
Malahan, harganya turut boleh meningkat menjadi lebih mahal dek kerana bahan yang digunakan agak ‘pricey’.
Namun jangan risau, kita juga boleh menghasilkan ais krim berperisa premium dengan harga yang lebih berpatutan di rumah.
Pemilik akaun Facebook Dapur MK berkongsi cara untuk recreate atau menghasilkan ais krim daripada salah satu jenama terkenal.
Antara bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1 tin susu cair
2. 1/4 tin sisi pekat (bergantung kepada kemanisan dimahukan)
3. 1 biji telur
4. Sedikit esen vanila
5. 1 sudu besar ovalett (emulsifier)
6. Perasa mengikut citarasa sendiri
Cara-cara penyediaan:
Gabungkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett, dan esen vanila dalam bekas pengadun.
Kacaukan semua bahan selama 15 hingga 20 minit sehingga campuran menjadi satu krim pekat.
Campurkan perasa yang diinginkan, sama ada strawberi, coklat, atau vanila. Gaulkan campuran krim sehingga rata.
Tuangkan campuran ke dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk beku sehingga ia mengeras.
Selamat mencuba!
Baca juga: Serba serbi mahal punca rakyat tidak mahu ke Pulau Langkawi, “Kaw kaw dia bagi naik harga”