Ini respon padu Fasha Sandha bila ditanya lakonan aksi ranjang, “Suami saya beri lampu hijau”

Banyak lakonannya yang sarat dengan aksi ranjang malahan penuh dengan pengajaran, Fasha Sandha sudah mengetahui bahawa dirinya akan dikritik oleh netizen.

Menurut pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, dia hanya memenuhi kehendak skrip yang diamanahkan oleh sutradara kepadanya.

Pelakon tersebut mendedahkan watak Datin Safieya dalam Rampas Cintaku 2 sebagai sesuatu yang sarat dengan pengajaran.

“Setiap naskhah dihasilkan dengan pengajaran. Tugas saya adalah untuk menyampaikan mesejnya.

“Saya yakin babak panas dalam drama itu kelak akan diperkatakan tetapi terpulang kepada penonton, terima dari sudut positif atau negatif.

“Yang penting saya harapkan cerita ini hits dan fenomena seperti musim pertama,” kata Fasha.

Walaupun dituduh lapar perhatian dan popular disebabkan adegan tersebut, isteri kepada pelakon Aziz itu tetap menerima pandangan umum dan melihat kritikan sebagai sebahagian biasa dalam dunia kerjayanya.

“Saya okey sahaja, tak ada masalah dengan label yang orang berikan. Mereka bebas berkata apa pun.

“Saya hanya mencorakkan skrip, sekadar buat kerja saya. Saya buat bukan kerana orang lain, tapi untuk diri dan kerjaya saya.

“Datanglah sebanyak mana label yang orang berikan, saya tetap jadi diri sendiri.

“Lakonan adalah periuk nasi saya sejak umur saya 18 tahun. Saya seronok dengan kerjaya ini. Terpulang kalau nak label saya pelakon daring. Saya tak akan sesekali melenting kerananya,” ujarnya panjang lebar.

Fasha sebelum ini turut dikecam kerana berani melakonkan watak ranjang meskipun berstatus isteri orang.

Dia turut berkongsi suaminya memberikan lampu hijau dalam semua aksi itu.

Baca juga: “Badan laki bau busuk sangat, berminyak sampai aku tak ‘lalu’ nak dekat lagi-lagi sebab mulut dia kuat maki”