Ramai tidak sedar apa yang berlaku kepada industri beras kebelakangan ini adalah hasil dari sebuah perancangan yang diatur dengan baik sekali.
Rakyat sedang menjadi ‘mangsa’ kepada satu ‘perjanjian syaitan’ bertarikh 11 Jan 2021 sewaktu PN berkuasa selama 33 bulan dahulu.
Menurut Desa HM di Facebooknya, demi untuk mendapatkan sejumlah dana bagi membiayai parti cap bunga, PM8 dengan kerjasama dari Atok saka pengkhianat nombor satu negara, telah memberikan satu ‘kuasa monopoli’ beras keoada Bernas.
“Satu ikatan selama 10 tahun telah dimeterai seawal mereka mengambil alih kerajaan,” kata beliau.
Dalam perjanjian tersebut antaranya, kerajaan telah diikat dengan satu ‘rantai besar’ yang manak akhirnya menyerahkan kepada Bernas satu kuasa ‘autonomi’ dalam industri beras yang menjadi makanan asasi rakyat.
Segala aktiviti berkenaan beras, terutama urusan eksport import, semua tertakluk kepada perjanjian yang memberikan kuasa kepada Bernas untuk mencatur agenda.
Menurut beliau yang juga Pengusaha Ladang Harummanis Perlis, biarpun ada suara-suara dari sebahagian rakyat bawahan, yang mencadangkan kepada kerajaan hari ini untuk mengkaji semula perjanjian itu, dan mengembalikan semula semua urusan beras kepada Lembaga Padi Beras Negara (LPN).
Sepertimana dahulu, namun katanya, terma-terma perjanjian yang dimeterai, serta sejumlah besar RM yang disedekahkan kepada parti cap bunga (yg kini menjadi bukti yg sdg dibicarakan di mahkamah) telah mengikat ketat tangan dan kaki kerajaan daripada berbuat apa-apa.
“Sudah barang tentu, terma-terma yang diikat dalam perjanjian itu, bukanlah sesuatu yang begitu mudah untuk dirungkai dan dirombak hanya dengan satu surat mengarahkan pembatalan,
“sebaliknya tidak mustahil satu pampasan yang ‘sangat besar’ perlu dibayar oleh kerajaan kepada Bernas, bagi menamatkan segala bentuk kuasa yang telah termeterai.”katanya.
Demikianlah manifestasi sebenar, dari sebuah kerajaan yang pernah diwujudkan selama 33 bulan melalui jalan haram.
Yang akhirnya memilih apa jua jalan bagi mempertahankan kuasa mereka. Tak kisahlah, kalaupun perlu sampai ke peringkat menjadikan 33 juta rakyat sebagai ‘tebusan’ pun.
Mereka akan lakukan. Yang penting, mereka dapat duit, dan duit itu ditabur semahu-mahunya sewaktu PRU-15, dengan harapan rakyat Malaysia yang ‘bodoh’ boleh dibeli dan diperbodohkan untuk selama-lamannya.
Namun takdir Allah, dengan berbilion RM yang mereka taburkan, Allah tak izinkan mereka untuk terus bermaharajalela ditampuk kuasa.
“Nah….sekarang, rakyat kebanyakan sedang berhadapan dengan kesan dari perjanjian syaitan itu.. semua lapisan terutama Melayu marhaen di kampung-kampung bising, beras tempatan tak ada. Dalam masa yang sama beras import naik berkali ganda.
“Namun seperti biasa… apa jua masalah yang berlaku, bukan salah mereka, tapi salah kerajaan yang memerintah, walaupun yang mencipta masalah itu mereka.
“Masih ada ‘tangan-tangan tua bangka nak mampus’ yang masih mencatur sesuatu dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa. Memang sial benarlah si tua bangka itu.
“Peduli apa… “Aku, kroni dan anak pinak aku sudah tersangat kaya…aku peduli apa!,” katannya.
Baca juga: Dakwa harga makanan mahal, Makcik restoran sekolahkan balik Ekin Mawi