Bukan sahaja sebagai menu tambahan setiap hari, telur dadar juga menjadi menu ‘penyelamat’ sementara menunggu hari gaji.
Merupakan menu yang paling mudah dan sedap, telur dadar gebu yang penuh dengan lemak dan padat sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dimasak kerana memerlukan teknik dan bahan tertentu. Apakah itu?
Berdasarkan perkongsian dari Puan Liza Hamdi, berikut merupakan antara 8 tips yang boleh digunakan supaya anda berjaya menghasilkan telur dadar yang gebu dan enak. Mudah sahaja!
1. Masa pukul telur tu, pastikan pukul lama-lama tau. Maknanya dekat sini, mula-mula pukul telur itu dulu. Nanti masa kita goreng telur dalam kuali, telur itu akan naik dan kembung cantik je. Lepas telur dah betul-betul kembang dengan jayanya, barulah kita masukkan bawang besar dan cili merah.
2. Ketika pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit air. Lepas itu, baru pukul telur tu sampai kembang (haa, tips ni Cik Li selalu buat bila nak masak telur dadar).
3. Sebelum goreng, tunggu sampai minyak betul-betul panas baru masukkan telur.
4. Tambah satu sudu besar mayonis dalam bancuhan telur dadar, lepas itu pukul sampai sebati dan kembang. Tips ni pun Cik Li pernah buat. Memang betul, nanti telur akan jadi gebu, lembut, lemak dan bertambah sedap.
5. Lepas anda dah siap pukul telur sampai kembang, tapiskan sebab nak tapis buih-buih minyak yang ada pada telur. Dah siap, barulah kita masukkan bahan-bahan lain.
6. Sewaktu nak tuang pun ada caranya tau! Caranya adalah, tuang telur dari jarak yang agak tinggi. Jangan lupa kecilkan api dahulu dan tunggu telur sampai masak sebelum terbalikkan.
7. Tambahkan air perahan limau nipis semasa mengacau telur. Lepas itu, pukul hingga rata dan sebati.
8. Lagi satu, masa nak pukul telur itu, tambahkan sedikit serbuk penaik ke dalam bancuhan tersebut. Kemudian, pukul sampai sebati. Cara ni dikatakan akan menjadikan telur dadar lebih sedap.
Selamat mencuba!
Baca juga: Rupanya ramai tidak tahu gel ini tak bahaya berfungsi menyerap lembap terutama barang kulit