Seorang guru berkongsi tip mengajar murid kelas belakang dengan memberi fokus apa yang sebenarnya yang mereka perlu.
Beliau yang menggunakan nama Solly Enterprise berkata, kaedah mengajar murid kelas corot perlu memastikan mereka gembira belajar.
“Bukan hadam buku teks saja. Banyakkan bonding time dengan murid.
“Alhamdulillah, semua lulus. Dari markah bawah 10, semua 40 ke atas. Semua seronok,” katanya.
Cikgu Solly berkata, selepas mengubah cara mengajar, murid kelas belakang dilihat minat dan mula belajar.
Melihat mereka terbabit seronok belajar, tambahnya, merupakan kebahagiaan yang paling berharga buat beliau.
“Walaupun saya kena tekan dengan guru besar sebab silibus tak habis, saya terangkan dia tak nak terima.
“Saya tipu je lah kata silibus dah habis. Janji anak murid saya happy belajar. Kelas saya paling bising.
“Murid berjalan merata dalam kelas sebab banyak aktiviti fizikal dalam kelas bukan duduk hadap whiteboard,” katanya lagi.
Perkongsian Cikgu Solly itu sebagai reaksinya terhadap isu yang dibangkitkan TikTokers Abang Lawyer Hafiz Baharuddin mengenai sikap segelintir tenaga pengajar yang malas mengajar murid yang dianggap degil dan malas.
Abang Lawyer Hafiz Baharuddin menegaskan bahawa guru sedemikian diminta untuk berhenti saja daripada mengajar.
“Saya nasihatkan guru-guru ini pergi cari kerja lain, kau pergi ajar tuisyen ke, ajar Budak tadika ke.
“Saya sendiri masuk kelas tengah-tengah. Memang ada guru yang malas masuk kelas kami sebab mereka rasa pelajar-pelajar bukannya pandai sangat pun nak belajar perkara yang ‘complicated’.
“Tapi budak-budak yang kelas pertengahan inilah yang selalunya berjaya apabila masuk universiti.
“Selain bagus dalam akademik, mereka juga bagus dalam kemahiran insaniah,” katanya.
Beliau berpendapat mengajar remaja di sekolah memang mencabar dan memerlukan kesabaran serta perlu kaedah yang lebih interaktif.
“Mengajar bukannya sekadar buka buku, buat latihan dan baca slaid saja,” tegas Abang Lawyer Hafiz Baharuddin lagi.