Ini rupanya kisah sebenar wanita bergelar Tokoh Gelang Kemerdekaan yang sanggup gadaikan gelang emas untuk kemerdekaan negara

Sudah sedia maklum negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Ramai pejuang yang telah terkorban demi mempertahankan negara sebelum negara ini mencapai merdeka.

Banyak cerita-cerita tokoh kemerdekaan yang kita biasa dengar sebelum ini. Namun, masih ramai generasi hari ini yang belum pernah mendengar kisah seorang wanita yang digelar Tokoh Gelang Kemerdekaan.

Wanita tersebut bernama Siti Rahmah Kassim yang dilahirkan pada tanggal 30 November 1926 di Batu Hampar, Negeri Sembilan.

Beliau mendapat Anugerah Tokoh Gelang Kemerdekaan kerana menjadi rakyat pertama menyerahkan gelang emasnya bagi membiayai rombongan Tuanku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Siti Rahmah Kassim mendapat ilham untuk mendermakan gelang emasnya setelah melihat Tunku Abdul Rahman menumpahkan air mata ketika memaklumkan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk ke Britain bagi rundingan kemerdekaan Malaya.

“Ini adalah hadiah dari ayah untuk perkahwinan saya, tetapi menggunakannya untuk membantu dalam perjuangan Tunku untuk negara ini.”

“Patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara. Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku,” itulah kata-kata yang diucapkan oleh Siti Rahmah kepada Tunku Abdul Rahman.

Tindakan tidak mementingkan diri Siti Rahmah itu benar-benar membuka mata semua, yang kemudiannya mula mendermakan cincin, jam tangan emas, tongkat berkepala emas, anting-anting dan kerongsang masing-masing.

Pada awalnya Siti Rahmah merahsiakan sumbangan gelang emas itu daripada ibunya. Namun apabila ia diketahui, Siti Rahmah telah dipukul sehingga berdarah. Beliau menyimpan pakaian berdarah itu sebagai ingatan dan menganggapnya sebagai “titisan darah merdeka”.

Siti Rahmah memulakan kerjaya politiknya pada usia 18 tahun dan secara aktif memperjuangkan Malayan Union. Pada tahun 1959 beliau menjadi wanita pertama yang bertanding dalam pilihan raya umum 1959. Beliau memegang kerusi Terentang di Rembau selama dua penggal berturut-turut.

Siti Rahmah telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di Kelana Jaya, Petaling Jaya jam 10.55 pagi.

Baca juga: “Jiran baru tu nak bercakap pun susah, tapi tiba-tiba suruh anak aku panggil dia MAMA dan dia bagitahu dia berkenan dengan laki aku..”