Bagi yang meminati sukan badminton, anda pasti mengenali figura wanita ini yang pernah menghiasi televisyen anda iaitu Goh Liu Ying.
Meskipun sudah bersara dalam bidang sukan, nampaknya bekas atlet ini masih kekal cantik dan menawan hingga menimbulkan persoalan ramai.
Baru-baru ini, Liu Ying djemput ke stesen radio Molek FM untuk bersiaran langsung bersama deejay radio Nass dan Qila.
Liu Ying ditanya adakah dirinya memakai sebarang alat solek sekiranya terdapat acara badminton pada hari itu namun jawapannya sangat mengejutkan.
Bekas atlet badminton itu memberitahu dirinya tidak pernah memakai sebarang alat solek sekiranya ada ‘game’.
“Sejujurnya, memang tiada. Sebab kalau dah berpeluh terkeluar semua!”.
Jawapannya itu turut mengejutkan ramai kerana Liu Ying antara atlet tercantik Malaysia yang sentiasa kelihatan anggun apabila berada di pentas badminton dunia.
Goh Liu Ying sebelum ini dikenali dengan sukan badminton beregu wanita yang memperlihatkan dirinya berada antara ‘Top 10’ dunia hingga memenangi pingat perak pada Olimpik 2016.
Baca juga: Tiba-tiba sahaja Tesla batal bina kilang di Malaysia, ini punca sebenar rupanya