Jika lepak di mamak, ramai yang pasti akan ‘order’ air teh tarik padu satu. Airnya yang pekat dan juga buih-buih halus di atas memang membuatkan ramai yang teringat-ingat hingga ke rumah.
Sebenarnya kita boleh juga membuat teh tarik padu seperti mamak di rumah. Jom saya kongsikan satu bahan rahsia yang pastinya jadi ‘game changer’ untuk anda yang amat meminati teh tarik.
Bahan rahsia ini dikongsikan oleh @danialalimin di tiktok.
Haa apa yang anda dengar? Garam bukan? Ya. Garam adalah bahan rahsia yang dimaksudkan untuk membuatkan teh tarik rasa lebih padu.
Letakkan secubit garam sahaja dan nikmatilah teh tarik padu yang anda buat sendiri di rumah, jom cuba dan kongsikan!