Ini rupanya rahsia nak buat cekodok pisang comel, sedap dan rangup pulak tu!

Ramai yang meminati juadah minuman petang yang popular dalam kalangan orang melayu iaitu cekodok pisang.

Namun untuk membuatnya amat susah, kadang ia akan melekat di kuali atau pun terlebih minyak.

Apa rahsia cekodok pisang yang enak? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Facebook Mas Cotek.

Bahan-bahannya:

8 biji pisang emas dilenyek

3/4 cwn tepung gandum

3 sdb gula pasir

1/2 sdt soda bikarbonat

secubit garam

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan bersama-sama dan gaul dengan rata sehingga semua bahan tercampur sebati.

Perap adunan tersebut selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuannya adalah agar cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Inilah rahsianya untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Untuk membentuk cekodok pisang, basahkan hujung jari dengan sedikit air, kemudian ambil adunan tadi dan jemputkan ke dalam minyak panas.

Ingat, goreng dengan api sederhana sehingga cekodok pisang masak dengan baik dan siap untuk dihidangkan.

Baca juga: Resepi nugget ayam Hanis Zalikha ini buat ramai terliur, kanak-kanak pun berebut nak makan!