Air milo yang diambil dari trak milo ketika di sekolah dulu amat menggamit memori ketika kecil.
Ia kerana rasanya yang amat sedap dan pekat yang tidak lagi didapati di mana mana.
Namun hari ini ia bakal terungkai dengan resepi rahsia air milo yang seakan akan milo lori.
Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan
- 8 tin susu pekat
- 8 tin susu cair
- 4 liter air panas
- 4 paket Milo(1 kg)
- Ketulan Ais
Cara penyediaan
- Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas
- Masukkan serbuk milo
- Tuangkan air panas dan kacau hingga sebati
- Tuang bancuhan tadi ke dalam bekas ais
- Sedia untuk diminum
Senang bukan? Jom kita cuba di rumah dan beri anak-anak kita merasai pengalaman minum air milo yang sedap dibuat dari air tangan kita.
Baca juga: Jumpa duit RM10 Juta di airport, tak sangka wanita buat benda ni dengan duit banyak macam ni