Ini rupanya resepi ayam goreng yang sebenar, bukan sekadar lumur kunyit…mari cuba!

Siapa yang tidak suka makan ayam goreng? Hanya makan bersama kicap dan sambal belacan pun sudah pasti dapat menaikkan selera sesiapa sahaja.

Biasanya untuk menggoreng ayam, kita cuma perlukan kunyit dan garam untuk dilumur kemudian boleh terus digoreng di dalam minyak yang panas.

Tapi apa kata cuba resepi ini, pasti anda tidak akan menyesal.

Bahan-bahannya:

1 kg ayam dipotong

2 cawan minyak

2 tangkai daun kari

2 batang serai diketuk

(bahan perapan ayam)

2 sudu makan serbuk kari daging

2 sudu makan serbuk kunyit

2 sudu makan sos ikan

2 sudu makan gula

1 sudu makan serbuk stok ayam

1/2 sudu makan lada sulah

Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan ayam dalam mangkuk sehingga rata. Kemudian, biarkan ayam meresap selama beberapa jam untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daun kari dan serai sehingga naik bau dan menjadi ranggup sebelum diangkat dari minyak.

Gorengkan ayam dengan api sederhana sehingga ia kekuningan dan masak. Setelah itu, angkat ayam dari minyak dan letakkan ke tepi untuk seketika.

Goreng sekali lagi ayam dalam minyak yang panas sehingga ia masak dan berwarna keemasan. Kemudian, hidangkan ayam bersama dengan daun kari dan serai yang telah digoreng tadi untuk menambahkan cita rasa yang sedap kepada hidangan anda.

Baca juga: “Suami jadi biawak hidup tak pernah bagi nafkah anak, mak aku bagi kerja pun dia memilih nak gaji RM1800 je walaupun cuma ada SPM..”