Ini rupanya resepi kek batik paling legend, manis dan lemak semua cukup!

Resepi kek batik yang disampaikan oleh Wan N Wan M di laman Facebooknya sangat menarik untuk dicuba kerana keunikan rasanya yang berbeza.

Wan N Wan M menyatakan bahawa dia lebih suka kek batik yang rangup dan tidak lembik tidak seperti kebanyakan kek batik yang dibeli di pasaraya kerana rasanya sangat lembik dan ‘soggy’.

Jadi, untuk memastikan biskut tetap rangup, penting untuk mengikuti setiap langkah di bawah ini.

Jangan risau, kek batik akan menjadi lebih sedap dan tidak lemau dan pastinya anak-anak akan menyukainya.

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut marie
  • 1 paket serbuk koko 400g
  • 1 buku buttercup
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan:

Langkah pertama, pecahkan biskut Marie menjadi empat bahagian. Letakkan dalam bekas dan tutup sementara sambil menunggu bahan-bahan lain siap.

Langkah kedua, cairkan satu blok mentega. Pastikan menggunakan api perlahan.

Langkah ketiga, masukkan setengah tin susu pekat. Boleh disesuaikan jumlahnya mengikut citarasa, tambah atau kurangkan. Kacau sehingga kesemua bahan sebati.

Langkah keempat, setelah susu dan mentega sebati, tambahkan serbuk koko sebanyak 400g. Kacau rata sehingga tiada ketul-ketul serbuk koko yang tertinggal.

Langkah kelima, setelah semua bahan tercampur rata, masukkan garam secubit dan satu sudu gula. Kacau sehingga kesemua bahan tercampur sebati.

Langkah keenam, masukkan semua biskut yang telah dipatah-patah ke dalam adunan coklat dan kacau rata. Kemudian, tutup api.

Langkah ketujuh, pindahkan campuran ke dalam bekas dan ratakan permukaannya. Biarkan di luar selama 2 hingga 3 jam atau sehingga kek menjadi sejuk.

Langkah kelapan, setelah sejuk, potong kek batik mengikut saiz yang diinginkan dan simpan dalam peti ais. Cara ini memudahkan untuk penyimpanan dan penghidangan.

Baca juga: “Entah-entah laki dia kelaut”- Abg Tesla sound netizen, suruh tengok suami sendiri sebelum sibuk hal Alif Teega