Menurut laman web The Best Chef, penilaian kemasukan calon dibuat berdasarkan undian yang dilakukan oleh pengundi sejak tahun 2022.
Hanya bermula dengan 70 tukang masak pizza ketika itu, ia dibahagikan dengan jantina yang serba seimbang untuk semua yang mempunyai minat mendalam terhadap pizza.
Antara golongan yang menyertai pertandingan Top 100 Pizza ini adalah wartawan makanan, pengkritik, penulis blog, jurugambar serta pempengaruh.
Malahan, siapa sahaja boleh memasuki pertandingan ini meskipun anda bukanlah pempengaruh mahupun tukang masak untuk mewakili negara kerana tiada kriteria yang ditetapkan dalam pertandingan ini.
Kriteria yang diperlukan pula hanyalah individu yang dicalonkan itu sedang bekerja dalam bahagian pizza semasa tempoh pengundian dibuat.
Hari ini, suami kepada pempengaruh serta blogger, Jofliam mengharumkan nama negara apabila tersenarai sebagai Chef Malaysia pertama yang berjaya menjadi 100 terbaik dunia dalam pembuatan pizza di Milan, Itali.
Baca juga: Terdedah! Giliran abang Jofliam pula buka mulut, “Status dia hanya skandal dan isteri orang”