Ini rupanya sebab makan kacang dapat kurangkan risiko kemurungan yang ramai taktahu…

Satu kajian menyatakan makan kacang sebanyak 30 gram setiap hari dapat mengurangkan risiko kemurungan.

Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Castilla- La Mancha di Sepanyol.

Para peserta dikaji selama lima tahun dan diberi makan pelbagai jenis kacang termasuk kacang tanpa garam seperti badam, gajus, pistachio, kacang masin atau panggang dan kacang tanah.

Ia membabitkan lebih 13,500 individu di United Kingdom berumur 37 hingga 73 yang tidak mempunyai masalah kemurungan.

Setelah dikaji, lapan peratus individu didiagnos dengan penyakit kemurungan.

Analisis mendedahkan jumlah pengambilan kacang yang rendah hingga sederhana mempunyai kaitan dengan risiko kemurungan iaitu penurunan sebanyak 17 peratus berbanding individu yang tidak makan kacang.

Saintis mengatakan penemuan itu mungkin disebabkan kesan anti radang dan juga antioksidan yang terdapat dalam kacang. Namun ia tidak mengambil kira gaya hidup dan faktor kesihatan.

“Penemuan kami menekankan satu lagi manfaat pengambilan kacang.

“Kajian menunjukkan makan kacang mampu mengurangkan 17 peratus risiko kemurungan.

“Hasil itu secara tidak langsung memberi semangat kepada orang ramai untuk makan kacang,” kata pengarang utama kajian, Bruno Bizzozero-Peroni.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Clinical Nutrition.

Baca juga: “Bilik dah macam sarang tikus, sekali pun kak ipar tak pernah tolong mak masak kat dapur walaupun mak dah uzur”