Ini rupanya sebab PMX tak boleh tarik keluar dana Blackrock dari Malaysia

Umum mengetahui syarikat pelaburan kewangan dari Amerika Syarikat dikatakan telah melabur sejak dari dahulu ke atas syarikat-syarikat besar di negara ini.

Namun, baru-baru ini ia menjadi topik hangat buat rakyat kerana syarikat Blackrock ini didakwa membiayai rakan sekutunya iaitu Israel.

Namun bagi perdana menteri Anwar Ibrahim, dia tidak boleh sewenang-wenangnya menarik keluar pelaburan syarikat itu ke atas syarikat-syarikat besar di Malaysia kerana dikhuatiri menjejaskan ekonomi.

Beliau turut menegaskan tidak akan bertindak terhadap mana-mana syarikat asing yang secara terang-terang menyatakan komitmen keatas negara zionis itu kerana akan menjejaskan negara ini.

Seorang ahli ekonomi yang enggan namanya disiarkan berkata, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa BlackRock hanyalah salah satu daripada banyak pelabur institusi yang beroperasi dalam ekonomi Malaysia.

“Pengaruhnya adalah sebahagian daripada landskap lebih luas pelabur domestik dan antarabangsa, institusi kewangan, dan pelakon kerajaan yang membentuk trajektori ekonomi Malaysia,” katanya.

Jika ditarik pelaburan Blackrock dari negara ini, ia dijangka akan menjejaskan nilai bon, harga saham dan kadar matawang dalam keadaan mendadak dan seterusnya menggangu keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Baca juga: Tular menantu YB Pas didakwa songlap duit derma, lakukan produk kurma sendiri