Ini rupanya sebab tempat ini digelar ‘Zon Kematian”..

Satu kawasan yang terletak di Taman Negara Yellowstone dikatakan sebagai ‘kebal undang-undang’, di mana individu boleh terlepas daripada tindakan undang-undang untuk jenayah yang dilakukan mereka kerana terdapat jurang undang-undang yang menghalang penuntutan jenayah tersebut.

Kawasan seluas 129.5 kilometer persegi ini dikenali sebagai Zon Kematian atau Zone of Death.

Melaporkan dari Daily Mail, kawasan ini merupakan satu-satunya kawasan di dalam taman negara yang merentasi sempadan negeri Idaho, Amerika Syarikat (AS).

Di samping mempunyai pemandangan semula jadi yang menakjubkan, kawasan ini juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna, namun tiada penduduk yang tinggal di kawasan ini.

“Ini bermakna sekiranya jenayah berlaku, tiada penduduk boleh membentuk barisan juri iaitu kewajipan ditetapkan di bawah seksyen khas Pindaan Keenam,” jelas laporan.

Taman Negara Yellowstone adalah salah satu daripada beberapa kawasan di Amerika Syarikat di mana kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa eksklusif berbanding kerajaan negeri.

Dalam laporan tersebut, disebutkan bahawa walaupun Taman Negara Yellowstone terletak di Wyoming, beberapa kawasan kecil juga merentasi negeri Montana dan Idaho.

Walau bagaimanapun, negeri Montana dan Idaho tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa sebarang jenayah yang berlaku di kawasan sempadan Yellowstone.

“Sekiranya jenayah berlaku di Zon Kematian, maka hanya kerajaan Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa untuk mendakwanya,” jelas laporan.

Baca juga: “Dah diserang ular, kena serang dengan helang pulak”- Wanita ini alami detik cemas diserang dua haiwan secara serentak