Ini rupanya tips mudah untuk kulit ‘flawless’ bak artis korea, guna ais kiub je!

Ramai gadis yang sedang dalam pertarungan melawan jerawat atau acne yang muncul di atas wajah. Ada berbagai faktor yang dapat membuatkan jerawat ini timbul sebenarnya.

Namun acne ini bukan hanya muncul pada gadis sahaja, para lelaki juga tidak terkecuali dalam masalah melawan acne ini.

Tips yang dikongsikan oleh @ShuhadahAzman ini bakal membuatkan muka para gadis dan teruna flawless ibarat artis korea.


Melalui tweet dari pengguna Twitter yang dikenali sebagai hakak silau ini, terdapat lima kelebihan menggunakan kiub ais untuk kulit muka kita. Ia dapat:

1. Meningkatkan penyerapan produk lain kerana penggunaan kiub ais boleh membantu kulit menyerap produk penjagaan kulit lain dengan lebih baik, seperti krim atau serum.

2. Kiub ais dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit, membantu kulit yang merah atau berjerawat.

3. Aplikasi lembut kiub ais pada kawasan mata boleh membantu mengurangkan penampilan lingkaran gelap di sekitar mata.

4. Penggunaan kiub ais pada kulit boleh memberikan kesan kulit yang lebih berseri dan bersinar.

5. Sebelum menggunakan solekan, kiub ais boleh membantu mengecilkan liang pori dan memberikan permukaan yang lebih licin, menjadikan makeup nampak lebih sempurna.

Baca juga: Pesara guru kantoi! Sanggup komplot jual barang kemas disamun anak perempuan