Ini sebab anda kena restart phone seminggu sekali

Ini sebab anda kena restart phone seminggu sekali. Telefon pintar adalah perkara penting bagi setiap individu di zaman teknologi ini.

Bukan sahaja ditangan hampir setiap masa, telefon pintar juga kini sudah menjadi medium anda untuk mendapatkan info dan juga maklumat terkini.

Malah waktu penggunannya juga semakin bertambah disebabkan pertambahan ciri-ciri yang boleh menggantikan beberapa alatan penting lain seperti radio, jam tangan dan banyak lagi.

Ramai juga yang turut bermain permainan atas talian untuk menghilangkan rasa bosan. Justeru selamat untuk dikatakan telefon pintar anda sebenarnya tidak pernah berehat dan sentiasa ‘bersedia’ untuk anda.

Menurut laporan portal Reader Digest dengan melakukan rutin restart telefon ini seminggu sekali ia mampu:

  • Mengembalikan semula memori
  • Mengelakkan ‘crash’
  • Menjadikan telefon pintar berfungsi lebih lancar
  • Memanjangkan jangka hayat bateri

Laporan tersebut juga memetik penjelasan seorang konsultan teknologi yang menerangkan bahawa setiap hari kita menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan apps ini sebenar tidak ditutup selepas kita gunakan sebaliknya diletakkan dalam keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.

Setiap hari juga kita menggunakan banyak aplikasi yang pelbagai ini perlahan-lahan akan memakan memori dan kuasa bateri hingga menyebabkan bateri kita habis terlalu cepat.

Tapi dengan hanya menghidupkan semula telefon pintar atau restart, ia akan melancarkan pembukaan apps, memori dan menghapuskan segala link atau aplikasi yang pernah diguna hingga memakan kuasa bateri telefon pintar.

Oleh itu jadikan rutin mudah berikut sebagai amalan seminggu sekali:

  1. Seminggu sekali restart/ power off telefon pintar
  2. Biarkan selama sekurang-kurangnya seminit
  3. Hidupkan semula telefon pintar

Kalau nak guna telefon pintar yang sama untuk jangka masa yang panjang, boleh cuba restart phone seminggu sekali.

Baca Juga: Cara mudah untuk elakkan kereta bahang semasa waktu panas terik

Baca Juga: Sangat mudah, guna kod QR pengguna Maybank MAE boleh keluar wang tanpa kad ATM