Ini sebab Indonesia guna paku dalam pilihanraya, bukan lagi pen

Mengundi adalah satu proses penting yang memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi mana-mana negara. Ini membolehkan setiap rakyat berperanan dalam menentukan pemimpin dan dasar-dasar yang akan mempengaruhi negara mereka.

Melalui mengundi, rakyat memberi kuasa kepada wakil-wakil yang dipilih untuk membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupan harian mereka. Dengan demikian, mengundi adalah satu tanggungjawab dan hak asasi yang perlu dilaksanakan dengan bijak oleh setiap individu dalam membentuk masa depan negara mereka.


Oleh itu, setiap negara mempunyai badan khas yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya dan memastikan kelancaran proses tersebut.

Salah satu tugas badan tersebut adalah menetapkan kaedah pengundian. Sebagai contoh, di Malaysia, kaedah pengundian adalah dengan cara memangkah pada kertas undi menggunakan pen.

Selain itu, jari telunjuk pengundi juga ditandakan dengan dakwat bagi mengelakkan kejadian pengundi mengulang undi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang masih mengamalkan kaedah yang unik iaitu meninggalkan tanda pada kertas undi.

Seorang pengguna TikTok dari Indonesia, Virga Raditya (@virgaraditya), telah berkongsi tentang kaedah unik ini dalam meninggalkan undi pada kertas undi di negaranya.

@kpu_pku

Hai #TemanPemilih Gimana sih nyoblos surat suara yang benar dan sah?? Yuk.. simak video berikut 😊 #KPUmelayani #fyp

♬ suara asli – KPU Kota Pekanbaru – KPU Kota Pekanbaru

Menurut Virga, pengundi-pengundi telah menggunakan kaedah yang tidak lazim dengan meninggalkan tanda atau memilih calon menggunakan paku. Paku-paku ini digunakan untuk menebuk ruang pada bahagian calon yang mereka hendak pilih.

Menurut laporan dari Vice Indonesia, kaedah yang tidak lazim ini masih diamalkan hanya di dua buah negara, iaitu Indonesia dan Kemboja.

Adalah menjadi satu keanehan mengapa kaedah pengundian seperti ini masih digunakan sejak zaman pemerintahan Soeharto hingga ke hari ini. Menurut Virga, Indonesia sebelum ini pernah menggunakan pen seperti negara jirannya pada Pemilihan Umum 2004 dan 2009.

Bagaimanapun, kaedah tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan pengundi yang akhirnya mengganggu kelancaran Pemilihan Umum (Pemilu).

Virga menyatakan bahawa ramai pengundi tidak memahami proses mengundi yang sepatutnya dilakukan dengan menggunakan pen. Keadaan ini menyebabkan banyak kertas undi tidak ditanda dengan betul, yang akhirnya membawa kepada masalah undi rosak.

Oleh kerana itu, pada Pemilihan Umum 2014, kaedah pengundian asal yang menggunakan pen telah dikembalikan sebagai tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Baca juga: “Suami taknak minum atau makan apa yang aku masak, sampai kalau aku buat air pun dia sanggup buat yang baru…”