Ini sebabnya bila kereta tenggelam ke dalam laut, jangan cuba buka pintu kereta

Kemalangan membabitkan kereta terjunam ke dalam laut merupakan igauan ngeri yang tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan si mangsa ketika bergelut menyelamatkan diri.

Anda tahu tak, hampir mustahil untuk anda buka pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?

Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.

Bila dalam keadaan cemas macam ini, instinct pertama anda mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!

Bila kereta anda tengah dalam keadaan dimasuki air, tekanan air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.

Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out

Andai kata anda gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta

“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.

“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya anda tak ada pemecah cermin (glass breaker), anda boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.

Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?

Sebab kalau anda tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan anda dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk anda berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih-lebih lagi dalam keadaan cemas.

Sama juga kalau anda nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar anda baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.

Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?

Anda kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.

Kredit: carputapp

COMMENTS