Ini sebabnya kenapa akaun TikTok anda tak ada duit

Sekarang sudah terdapat ramai rakyat Malaysia yang telah menjadikan TikTok sebagai sumber mereka untuk memperoleh duit.

Malah, ada yang telah berjaya memiliki kereta mewah, rumah besar dan jam tangan eksklusif hasil ‘menuai’ duit melalui akaun Tiktok.

Anda juga boleh menambah pendapatan melalui TikTok memandangkan media sosial yang banyak digunakan di seluruh dunia ini mempunyai sebuah fungsi menarik yang dipanggil coins (syiling).

Namun, anda tidak dapat menjana duit jika tidak pernah buat aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan akaun TikTok.

Tengok video pun swipe dan tak tonton video sampai habis memang tidak akan mengundang duit dalam akan TikTok.

Bila tekan kesemua butang termasuk ‘riben’ dan anak panah, anda dapat membina enggagement sekaligus menjana wang.

Selain itu, anda kena rajin masuk ‘live’ TikTok orang lain, anda akan dapat coins juga kenalah rajin tapping. Ada orang akan kongsi coins sebagai penghargaan.

Jika anda mengadakan live stream, anda boleh mengumpul coins ini dari pengikut kesayangan anda. Kemudiannya, ganjaran coins itu dapat ditukar kepada wang.

Jika ada mengadakan live stream di Tiktok, pengikut anda akan menghantar coins tersebut atau menggunakan coins itu untuk dihadiahkan kepada anda.

Anda boleh menukarkan coins atau hadiah tersebut kepada wang menggunakan PayPal. Cubalah.

BACA JUGA Mengejutkan baca reaksi peniaga nasi lemak sombong, ini 6 sebab kenapa pemilik kedai kena cakap elok