“Ini semua fitnah !!!” – Ebit Lew

Pendakwah terkenal Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi untuk membuat laporan polis dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Ebit dalam sidang medianya menafikan semua tuduhan yang dibuat oleh Nadir Al-Nuri, pengasas NGO dari Palestin dan juga Caprice.

Beliau menganggap semua itu hanya fitnah sahaja untuk jatuhkan reputasinya.

Ebit juga mengaku menggunakan kos ke Gaza semua menggunakan duitnya sendiri.

Ebit yang tiba jam 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi tiga pikap mengadakan sidang media selepas itu.

Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.