Ini senarai MP yang tidak hadir parlimen hari ini, positif Covid-19

Ini senarai MP yang tidak hadir parlimen hari ini, positif Covid-19

Beberapa ahli parlimen tidak dapat menghadiri persidangan khas Dewan Rakyat hari ini kerana menjalani kuarantin Covid-19.

Menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun, dua anggota parlimen disahkan positif Covid-19 dan “lima atau enam” daripada mereka dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Berikut adalah senarai ahli parlimen yang tidak berada di tempat duduk mereka berdasarkan rakaman sidang Dewan Rakyat dan saksi mata.

1. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk)

2. Zuraida Kamaruddin (PN-Ampang)

3. Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar)

4. Mohd Khairuddin Aman Razali (PN-Kuala Nerus)

5. Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas)

6. Mansor Othman (PN-Nibong Tebal)

7. Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun)

8. Chow Kon Yeow (PH-Tanjong)

Bagaimanapun senarai berkenaan tidak lengkap kerana wartawan tidak dibenarkan masuk ke galeri awam akibat SOP Covid-19.

Lebih-lebih lagi, tempat duduk ahli parlimen tidak jelas kerana terhalang dengan lapisan kaca dan wajah mereka ditutup dengan pelitup muka.

Semua ahli parlimen dan pegawai Parlimen menjalani ujian Covid-19 minggu lalu.

Menurut Azhar, setakat Jumaat lalu, seramai 12 kakitangan parlimen positif Covid-19, manakala 58 lagi dikuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit.

Dewan Rakyat mengadakan sidang khas hari ini selama lima hari bagi mendengar taklimat yang disampaikan menteri kabinet.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/584547

COMMENTS