Ini tempat ‘hotspot’ orang tua dulu simpan duit, cuba cari mana tahu jumpa

Tidak dinafikan orang dulu-dulu tidak secelik generasi milenial kini dalam urusan penyimpanan wang tunai. Bahkan jika diikutkan, zaman dahulu memiliki kesedaran yang rendah untuk menyimpan di dalam bank.

Mereka gemar menyimpan di tempat-tempat tersorok di dalam rumah seperti di bawah tilam, ataupun diselitkan di celahan dinding rumah, di dalam al-Quran dan macam-macam tempat lagi.

Begitupun ada lima tempat yang sering menjadi lokasi penyimpanan wang orang dulu-dulu, memetik artikel dari mStar.

1. Tilam

Orang zaman dahulu tidak mempunyai kesedaran yang tinggi tentang simpanan di bank. Sebagai alternatif mudah, mereka menyimpan wang di bawah tilam.

Lebih kreatif, mereka menebuk lubang pada tilam untuk dan menyimpan wang di dalamnya.

Sebagai langkah keselamatan, mereka menjahit semula lubang pada tilam itu dan ia hanya akan dibuka apabila tiba masanya.

Sehingga hari ini, masih ada orang yang menyimpan wang di bawah tilam.

2. Dinding

Rumah yang diperbuat daripada papan dan  kayu biasanya mempunyai banyak ruang tersembunyi.

Ruang-ruang ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai ‘lokasi rahsia’ untuk menyimpan wang oleh orang terdahulu.

3. Buku/al-Quran

Cara ini juga agak popular dalam kalangan orang dulu-dulu. Helaian wang kertas yang nipis mudah untuk disimpan di dalam buku tebal

Selain itu, al-Quran juga sering menjadi pilihan sebagai tempat penyimpanan wang.

Dengan cara ini, ada yang mengakui ‘takut’ dan rasa bersalah untuk menggunakan wang tersebut, sekali gus menjayakan misi simpanan mereka

4. Dapur

Dapur biasanya dipenuhi dengan banyak barang, sekali gus membuatkan kaedah penyimpanan ini lebih selamat dan sukardijumpai oleh orang lain.

Ada golongan terdahulu yang menyimpan wang di dalam bekas beras.

Malah, wang turut disimpan di dalam bekas plastik yang disusun di atas  rak.

5. Pasu/kotak

Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu kita yang menyimpan wang di dalam  pasu bunga.

Kaedah simpanan ini juga pastinya tidak dapat dihidu oleh penceroboh kediaman.

Selain itu, kita juga boleh menyimpan wang di dalam kotak terpakai.

Kebaikan dan keburukan

Wang yang disimpan di tempat tersorok pastinya sukar dikesan oleh individu lain.

Malah, sasaran  tabung juga pastinya lebih mudah untuk dicapai.

Ini kerana anda perlu berusahuntuk mengeluarkan semula wang yang disorok di dalam tilam atau  pasu bunga misalnya.

Dari sudut negatif, wang ini mungkin boleh rosak digigit tikus atau dimakan anai-anai.

Malah, segala simpanan anda juga akan lesap sekiranya berlaku kebakaran di rumah.

Baca juga: “Suami aku bukan kerja syarikat biasa-biasa tapi emas aku licin digadainya, duit pula entah ke mana”