Ini tiga invididu ‘elit’ yang boleh ‘travel’ satu dunia tanpa bawa passport..siap tak pernah daftar lagi!

Pada era moden ini, setiap individu memerlukan pasport untuk melintasi sempadan antarabangsa, sama ada mereka adalah orang biasa atau pemimpin dunia yang berpengaruh.

Pasport adalah sebuah dokumen rasmi yang mengesahkan kewarganegaraan seseorang individu. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai dokumen perjalanan yang mengesahkan bahawa individu tersebut berada di luar negara.

Pasport adalah alat penting yang diperlukan untuk melintasi sempadan dan memasuki negara asing.

Namun tahukah anda, ada tiga individu yang mempunyai keistimewaan unik yang membolehkan mereka mengembara tanpa perlu mengikut peraturan dokumen perjalanan yang biasa.

Ketika pemimpin-pemimpin dunia boleh pergi ke negara tertentu tanpa visa atas sebab hubungan diplomatik, hanya segelintir individu yang diberi keistimewaan untuk mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu menggunakan pasport.

Maharaja dan Maharani Jepun

Pasport negara Jepun adalah salah satu pasport yang paling berkuasa di dunia. Dengan dokumen perjalanan ini, rakyat Jepun dapat mengunjungi lebih daripada 189 buah negara tanpa perlu visa.

Apa yang menarik, keluarga monarki Jepun diberikan keistimewaan di mana mereka tidak perlu menggunakan pasport untuk memasuki negara lain. Maharaja Naruhito, yang merupakan pemimpin ke-126 keluarga diraja Jepun, dan isterinya, Maharani Masako, mempunyai hak istimewa ini.

Pemegang takhta sebelumnya, iaitu Maharaja Akihito dan Maharani Michiko, juga tidak pernah memiliki sebarang pasport.

Walau bagaimanapun, Maharaja dan Maharani Jepun perlu mempamerkan dokumen perjalanan khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Jepun apabila mereka tiba di sesebuah negara.

Raja Charles III

Pemimpin monarki terbaru United Kingdom, Raja Charles III, juga dilaporkan tidak memiliki pasport. Begitu juga dengan mendiang Ratu Elizabeth II, ibu kepada Raja Charles, yang juga tidak memiliki dokumen perjalanan ini semasa beliau berkhidmat sebagai Ratu.

Menurut undang-undang kerajaan UK, pasport British dikeluarkan atas nama keluarga monarki tersebut. Oleh itu, tiada keperluan bagi raja mereka memiliki pasport tersebut.

Namun, anggota kerabat diraja lain, seperti Ratu Camilla dan Putera William, masih perlu membawa pasport apabila mereka ingin meninggalkan negara.

Raja Charles juga tidak memerlukan lesen memandu untuk memandu kereta, sama ada di UK atau di luar negara.

Baca juga: “Takkan taktahu hukumnya haram?”- Netizen selar aksi Misha Omar dan Naqiu berpegangan tangan, gimik terlalu ‘cringe’