Menjaga kebersihan dalam urusan memasak adalah sangat penting, termasuklah menjaga kebersihan papan pemotong sayur yang digunakan setiap kali memasak.
Mungkin ramai yang tidak sedar terhadap perubahan warna pada papan pemotong yang menjadi hitam, dan menganggapnya sebagai perkara biasa.
Namun, adalah penting untuk tidak menganggap remeh perkara ini kerana papan pemotong juga boleh mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dengan betul.
Anda hanya memerlukan 3 bahan:
- Limau nipis
- Baking soda
- Cuka epal
Berikut langkah-langkahnya:
- Langkah pertama, potong limau nipis menjadi dua bahagian. Selepas itu, taburkan baking soda ke seluruh permukaan papan pemotong.
- Gosok papan menggunakan separuh potongan limau yang telah dipotong. Biarkan selama 10 minit.
- Selepas 10 minit, gosok sekali lagi papan pemotong menggunakan sebahagian dari limau yang telah dipotong.
- Kemudian, tuangkan cuka epal ke permukaan papan dan teruskan menggosok atau menyental sehingga anda puas hati. Sesuaikan keputihan papan mengikut kesukaan anda.
- Selain menggunakan berus pinggan, anda juga boleh menggunakan berus besi untuk memastikan kotoran terangkat dengan mudah.
Selamat mencuba!