Iphone Diamond Snowflake ini dijual dengan harga RM2.6 Juta

Syarikat berpangkalan di Russia, Caviar, telah memperkenalkan iPhone paling mahal di dunia, yang dikenali sebagai iPhone Diamond Snowflake, yang direka khas untuk model telefon pintar iPhone 15.

Harga telefon ini adalah sebanyak AS$562,700 (RM2.6 juta), seperti yang dilaporkan oleh laman berita Oddity Central semalam.

Caviar merupakan syarikat yang berkepakaran menghasilkan telefon pintar mewah.

Versi eksklusif terbaru peranti keluaran Apple ini mempunyai sarung telefon pintar yang diperbuat daripada emas putih 18 karat dan dihiasi dengan tidak kurang daripada 570 butir berlian.

Selain itu, telefon ini juga menampilkan loket Snowflake Graff yang dihasilkan oleh tukang emas terkenal, Graff.

Sebelum ini, Caviar telah memperkenalkan sarung telefon pintar yang direka khas untuk model iPhone 14 dan iPhone 14 Max, dengan harga AS$533,000 (RM2.4 juta).

Sempena pelancaran iPhone 15 yang akan datang tidak lama lagi, ia akan menjadikan varian Diamond Snowflake sebagai yang paling mahal yang pernah dihasilkan.

Peranti itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang penambahan spesifikasi dari segi teknologi yang ditawarkan, sebaliknya hanya tertumpu kepada hiasan pada bahagian sarung. 

Baca juga: Ini rupanya tips beli emas untuk pelaburan, jangan tertipu nanti rugi banyak