Iqbal malu ‘aset’ makin kecik sebab perut membuncit, “siapa free boleh potong perut tolong hubungi saya”

Bimbang tentang perubahan saiz pada kemaluan akibat penambahan berat badan, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli telah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik.

Selain masalah tersebut, Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29 tahun, menyatakan bahawa tujuannya melakukan pembedahan potong usus juga adalah untuk mengubah penampilan dan menjaga kesihatan diri dengan lebih baik dari sebelumnya.

“Saya mencari orang yang boleh potong perut saya dengan segera. Saya perasan apabila gemuk ini memang membuatkan aset kita (kemaluan) kecil.

“Dulu saya ingatkan gemuk ini comel tetapi sekarang saya lihat semula… jalan pun sudah seperti penguin. Dalam masa sama, saya mahu kurus segera dan tujuannya demi kesihatan lebih baik,” katanya.

Tambah Iqbal, dia menyedari hakikat bahawa wanita lebih mudah tertarik dengan lelaki bertubuh kurus berbanding berperut buncit.

“Saya sebelum ini ada terbaca komen wanita di luar sana yang lebih suka kepada lelaki kurus. Ini juga salah satu sebabnya. Buncit orang tidak suka,” ujarnya.

Iqbal juga mengatakan sanggup membayar seberapa banyak kos yang diperlukan untuk merealisasikan impiannya untuk kurus.

Dia menyeru mana mana pihak yang mempunyai pengalaman atau info tentang rawatan tersebut segera menghubunginya.

“Untuk bayaran, saya usahakannya seberapa banyak kos pun saya sanggup. Kebetulan saya ada masa terluang minggu hadapan. Ini serius. Siapa boleh potong perut tolong hubungi saya segera,” ujarnya.

Baca juga: Sakitnya kena batu karang! Tak sangka jus nanas lobak putih boleh rawat..lepas minum terus keluar sendiri